BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Salman Al-Farisi

Sebagai seorang sahabat akrab, Salman merupakan seorang tokoh yang paling menonjol serta sangat disayangi oleh Rasulullah s.a.w disebabkan keberanian, keikhlasan serta sifat zuhudnya terhadap kesenangan dunia. Salman juga terkenal sebagai seorang mukmin yang kuat beribadat, bersifat rendah diri an tidak tertarik pada kemewahan dan kesenangan......

Salman pada asalnya seorang yang beragama Majusi yang kemudiannya beragama Nasrani. beliau telah pergi ke negeri Syam dan kemudian ke Yathrib atau Madinah untuk mencari kebenaran. ketika mula masuk Islam, Salman menjadi hamba. kemudian Rasulullah s.a.w menganjur para sahabat agar membebaskan. Beliau terkenal dengan sifat takwa dan zuhudnya. beliau pernah hidup serumah dengan Abu Darda' yang terkenal sebagai seorang ahli sufi. selanjutnya Salman Al-Farisi terkenal sebagai tokoh sahabat yang banyak meriwayatkan hadith daripada Rasulullah s.a.w kerana beliau adalah seorang sahabat yang banyak bergaul dengan baginda Rasulullah s.a.w. beliau telah hidup di zaman Rasulullah sehinggalah zaman pemerintahan khalifah Islam yang ketiga iaitu Saidina Uthman bin Affan......

Beliau memainkan peranan penting selepas berlakunya perang Khandak. ketika itu beliau mencadangkan supaya kaum muslimin menggali parit di sekeliling kota Madinah yang telah diancam oleh tentera musyrikin Mekah serta kaum yahudi khianat. atas cadangan beliaulah, tentera Islam berjaya bertahan dan Abu Sufyan Al-Harb selaku selaku ketua pihak musyrikin ketika itu telah mengepung daerah pertahanan Madinah ngan anak buahnya terpaksa berundur setelah kehabisan bekalan selain daripada angin taufan dan pergolakan dalaman para tentera musyrikin..

untuk tatapan pembaca yang dikasihi,
renungkanla perjuangan beliau

0 comments:

Post a Comment