BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

PERKARA SYUBHAT DAN PERANAN HATI MANUSIA

Maksud Hadis

Daripada Abi Abdillah iaitu Al-Nu’man bin Basyir R.`anhuma,dia berkata: saya dengar Rasulullah bersabda: ”sesungguhnya sesuatu yang halal itu sudah terang,dan sesuatu yang haram pun sudah terang,dan antara kedua-duanya ada perkara-perkara yang samar tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Maka barang siapa terpelihara daripada kesamaran-kesamaran itu,maka sesungguhnya bererti ia telah membersihkan untuk agama dan kehormatannya,tetapi barang siapa yang terjerumus dalam kesamaran itu terjerumuslah ia dalam yang haram sepertilah pengembala yang mengembala di kawasan larangan . ketahuilah bahawa tiap-tiap raja ada kawasan larangan. Ketahuilah bahawa larangan Allah ialah segala yang diharamkanNya. Ketahuilah di dalam tubuh badan ada seketul daging,apabila ia baik,baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak,rosaklah segala-galanya,ketahuilah itu ialah hati”-Riwayat Bukhari dan Muslim.

Kesimpulan hadis

islam telah menerangkan perkara-perkara halal dan haram
perkara-perkara syubhat perlu dijauhkan
setiap orang perlu menjaga kehormatan diri
jahuilah perkara-perkara yang boleh membawa kerosakan diri
hendaklah sentiasa membaiki hati

0 comments:

Post a Comment