BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

MuLiA nYa SaMpAh



ni lah antara fenomena sedih yg nk dikomsi ngan kowunx..try arr kowunx pegi jalan-jalan di mana-mana sahaja atas muka bumi nan indah yang tak seberapa indah lagi.kowunx pasti setuju dengan pendapat saya ni bahawa tidak kira di mana pasti kowunx dapat lihat sampah sarap yang teratur cantik dekat dunia ni kan?wah, popular nya sampah..kenapa diagung-agungkan sangat sampah ni sampaikan dapat dilihat dimana-mana sahaja.kita tak mahu kehilangannya walaupun kita tahu sampah tu jijik kan?tak kan nak biarkan Michael Jackson kalah dengan sampah. tengok la saya sendiri pun kepilkan gambar-gambar sampah di kiri dan kanan.

Bercakap mengenai sampah ni, ada yang tanya saya adakah sampah ni boleh wujud sendiri. nak tergelak pecah sampai terguling-guling pun ada. angkara siapa lagi kalau bukan manusia?binatang pun tak buat benda yang paling tak bermoral macam ni.habis-habis binatang ni hanya mengusik dan menambahkan lagi keindahan dan ke'cute'an sampah tu. tapi manusia macam kowunx la yang buat(tak termasuk saya).hu6. hanya insan semulia ini yang tahu sampah tidak berhak diberi layanan yang sebegitu baik.biar sahajalah divider yang ada dekat tepi-tepi jalan. sampah ni tempat paling berhak untuknya adalah tong sampah dan bukannya di seluruh pelosok dunia sehingga dihiasi dengan pelangi-pelangi tiruan yang entah siapa ibu bapanya yang memberi nama yang tidak lagi asing dengan kita iaitu sampah.

Saya juga ingin menyelitkan sedikit mengenai pencinta sampah ni. mereka-mereka ini barangkali terlalu takut untuk kehilangan sampah. impian mereka hanya lah untuk melihat hidup mereka ditemani dengan kekasih gelap mereka yang menyejukkan mata memandang seperti sampah ini. orang macam ni patut kita tabik dan beri penghormatan yang setinggi-tingginya kerana begitu setia dengan pasangan mereka. tapi ye lah, tak kan semua orang nak berpasangan dengan sampah pula. sampah pun ada call saya hari tu. menurut nye, dia sekarang sedang pening untuk membuat pilihan mana satu manusia yang hendak dipilih sebagai pasangan. kadangkala, risau juga saya ni dekat si Datuk Sampah ni. tapi memandangkan pascaglobalisasi yang sedang membangun selaras dengan pascasampahsasi yang kita tengok sekarang ni Datuk Sampah ni ada merata-rata. tak percaya? cuba anda lihat di bawah computer desk, mesti ada Datuk Sampah ni kan? walaupun hanya secebis kertas. yang hairannya, mengapa datuk ini digilai? bukannya berduit pun. lagipun, bukan hanya digilai perempuan tapi lelaki yang lebih banyak merindui Datuk Sampah ni!! bercinta sejenis ke? nak cakap lebih saya pun tak faham apa keistimewaan sampah ni. nak kate cantik, monyet belakang rumah perdana menteri tu pun lebih cantik dan hensem..

Sudah-sudah la tu mengagung-agungkan sampah ni. saya nak letak gambar banyak-banyak pun takut golongan-golongan perampas kuasa ni semakin popular. tak payah la duk mimpi-mimpikan sampah tu kerana hanya akan mengotorkan fikiran anda. tak payah la mewarnai dunia ini dengan sampah kerana dunia hanya ceria apabila si pelangi muncul tanpa pesaing yang tak bertauliah macam sampah. tak payah la duk kejar jawatan paling tinggi di dunia iaitu pencinta sampah kerana masyarakat hanya memartabatkan pencinta ilmu. ada mata lihat, ada telinga dengar, ada akal fikir, ada tangan nah kutiplah sampah banyak dan letak dalam tong sampah tempat tinggal abadi bukannya di merata tempat yang hanya kehidupan fantasi untuk makhluk bergelar sampah ni.


0 comments:

Post a Comment