BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

iktibar dari UHUD

Pada peringkat kedua peperangan Uhud,tentera musyrikin dapat menguasai keadaan dan mengorbankan para syuhada` yang ramai. Umat Islam menerima peristiwa ini dengan perasaan sedih dan sakit. Walau bagaimanapun perkara yang berlalu adalah suatu tarbiyyah daripada kesilapan mereka (tentera Islam). Allah S.W.T mengembalikan semangat mereka dengan menurunkan firmanNya yang bermaksud:

Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (surah an Nisa`:ayat 104)

Sebenarnya peristiwa yang pahit ini menjadi ubat yang mujarab mengubati penyakit akidah yang melemahkan ketaatan mereka kepada Allah dan Rasul. Perkara ini berlaku adalah takdir Allah yang mengajar tadbir mereka di samping menjadi penapis yang membezakan di antara orang-orang benar-benar beriman dengan orang-orang munafik yang berpura-pura dengan iman palsu,di mana Allah telah membongkar dan mendedahkan segala yang tersembunyi dalam hati-hati mereka.

Firman ALLAH bermaksud: Allah tidak sekali-kali akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan yang kamu ada sekarang (bercampur aduk mukmin dan munafik, bahkan ia tetap menguji kamu) sehingga ia memisahkan yang buruk (munafik) daripada yang baik (beriman). Dan Allah tidak sekali-kali akan memperlihatkan kepada kamu perkara-perkara yang Ghaib, akan tetapi Allah memilih dari Rasul-rasulNya sesiapa yang dikehendakiNya (untuk memperlihatkan kepadanya perkara-perkara yang Ghaib itu). Oleh itu berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya; dan jika kamu beriman dan bertakwa, maka kamu akan beroleh pahala yang besar. (surah Ali Imran:ayat 179)

Tanpa peristiwa ini maka bercampur gaullah orang-orang munafik itu dalam golongan Islam dan mereka menjadi duri dalam daging yang sangat bahaya kepada perkembangan Islam. Orang-orang beriman tidak Nampak apa yang tersembunyi dalam hati golongan munafik,tetapi Allah memelihara orang-orang beriman meneguhkan kedudukan mereka.

0 comments:

Post a Comment