BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

kisah MUSA a.s(bhagian 1)

Musa bin Imran bin Fahis bin 'Azir bin Lawi bin Ya'qub bin Ishaq bin Ibrahim bin Azara bin Nahur bin Suruj bin Ra'u bin Filij bin 'Abir bin Syalih bin Arfahsad bin Syam bin Nuh. dilahirkan di Mesir.





Pada masa kelahiran Musa, Firaun membuat peraturan untuk membunuh setiap bayi lelaki yang lahir. tindakan itu diambil akibat terpengaruh oleh paranormal yang mentafsirkan mimpinya. Firaun bermimpi Mesir dibakar dan penduduknya mati kecuali kaum Israel sedangkan paranormalnya berkata bahawa kuasa Firaun akan jatuh ke tangan seorang lelaki yang berbangsa Israel. Akibat terlalu cemas, Firaun memerintahkan setiap rumah harus digeledah dan sekiranya terdapat bayi lelaki di dalamnya, bayi tersebut akan dibunuh.





Yukabad(ibu Musa) melahirkan seorang bayi lelaki(Musa) dan merahsiakan kelahiran tersebut. Akibat terlalu risau akan keselamatan Musa, Musa dihanyutkan di Sungai Nil ketika masih berusia 3 bulan. Kuasa Allah menetukan bahawa Musa akhirnya ditemukan oleh Asiyah, isteri Firaun yang sedang mandi dan kemudian membawanya pulang ke istana. Firaun melihat isterinya membawa pulang seorang bayi lelaki dan berhasrat ingin membunuh Musa. Dan kuasa Allah juga mentakdirkan isterinya itu berkata : "Jangan bunuh anak ini kerana aku menyayanginya. Lebih baik kita mengasuh anak ini seperti anak kita sendiri kerana aku tidak mempunyai anak." Mendengar kata-kata isterinya, Firaun tidak sampai hati untuk membunuh Musa.





Kemudian isteri Firaun mencari pengasuh dan tidak ada seorang pun yang dapat menyusui Musa dengan baik, dia menangis dan tidak mahu disusui. Akhirnya, ibunya sendiri yang menawarkan diri untuk mengasuh dan membesarkannya di istana.





Dalam Al-Quran ada menceritakan :


'maka kami kembalikan Musa kepada ibunya supaya senang hatinya dan tidak berduka cita dan supaya mengetahui bahawa janji Allah itu benar tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya'





Pada suatu hari Firaun memangku Musa yang masih kanak-kanak, tetapi tiba-tiba janggutnya ditarik Musa sehingga dia kesakitan lalu berkata : ' Wahai isteriku, mungkin anak inilah yang akan menjatuhkann kekuasaanku'. Isterinya berkata : Sabarlah, dia masih anak-anak, belum berakal dan belum mengetahui apa pun.' Sejak berusia 3 bulan hingga dewasa Musa tinggal di istana itu sehingga orang memanggilnya Musa bin Firaun. Nama Musa sendiri diberi oleh keluarga Firaun. 'Mu' bererti air dan 'sa' adalah tempat pertemuannya di sungai Nil.





Musa mendapat julukan KALIMULLAH(orang yang diajak bicara oleh Allah). Kisah permasalahan antara mukjizat Nabi Musa dengan sihir dari tukang sihir Firaun dikatakan bermula dengan satu peristiwa di mana pada suatu ketika semasa Musa meninjau di sekitar kota dan kemudian dia melihat dua lelaki sedang berkelahi. Masing-masing di kalangan bani Israel bernama Samiri dan bangsa Mesir, Fatun. Musa berhasrat untuk mententeramkan mereka tetapi ditepis Fatun. Tanpa berlengah masa, Musa menghayunkan batu ke atas Fatun lalu tersungkur dan meninggal dunia. Menyedari lelaki itu meninggal dunia kerananya, Musa lekas memohon ampun kepada Allah S.W.T



Tidak lama kemudian, berita mengenai kematian Fatun yang diakibatkan oleh Musa telah tersebar dan ramai orang mengetahuinya dan berita itu turut disampaikan kepada pemimpin kanan Firaun. Akhirnya mereka akan menangkap Musa. Akibat terdesak Musa mengambil keputusan untuk keluar dari Mesir. Selepas 8 hari, Musa sampai di Kota Madyan iaitu kota Nabi Syuaib di timur Semenanjung Sinai dan Teluk Aqabah di selatan Palestin.



Musa tinggal di rumah Nabi Syuaib sehingga berkahwin dengan. Selepas menjalani kehidupan suami isteri di Madyan, Musa meminta izin daripada Syuaib untuk pulang ke Mesir. Dalam perjalanan, mereka terlihat api dari Bukit Sinai dan terfikir untuk mendapatkannya untuk dijadikan obor. Musa meninggalkan isterinya untuk mendapatkan obor tersebut. Apabila sampai di tempat api yang menyala itu, Musa menemukan api menyala pada sebatang pohon tetapi tidak membakar pohon berkenaan. Musa kebingungan dan ketika itulah Musa terdengar suara wahyu dari Ilahi.



Selepas itu, Allah berfirman : 'Wahai Musa, sesungguhnya Aku Allah iaitu Tuhan alam semesta. Firmannya lagi bermaksud 'Dan lemparkan tongkatmu, apabila tongkat itu menjadi ular Musa melihatnya bergerak seperti seekot ular, dia berundur tanpa menoleh. Wahai Musa datanglah kepada-Ku, janganlah kamu takut, sungguh kamu termasuk orang yang aman.'



Selepas itu Allah berfirman lagi 'Masukkan tanganmu ke leher bajumu, pasti keluar putih bersinar dan dekapkan kedua tanganmu ke dada kerana ketakutan...' Tongkat menjadi ular dan tangan putih berseri-seri itu adalah mukjizat yang dikurniakan oleh Allah kepada Musa.

Firaun cukup marah ketika mengetahui kepulangan Musa yang mahu membawa ajaran lain yang diamalkan selama ini sehingga memanggil semua ahli sihir untuk mengalahkan dua mukjizat berkenaan. Ahli sihir Firaun masing-masing mengeluarkan keajaiban, ada antara mereka melempar tali lalu menjadi ular. Namun, semua ular tersebut ditelan oleh ular besar yang berasal dari tongkat Musa.

Semua keajaiban ahli sihir tersebut dihancurkan oleh Musa menggunakan dua mukjizat berkenaan, menyebabkan sebahagian pengikut Firaun termasuk isterinya mengikut ajaran yang dibawa oleh Musa. Firaun marah lalu menghukum golongan berkenaan. Isterinya sendiri diseksa sehingga meninggal dunia.

Nabi Musa bersama orang beriman terpaksa melarikan diri sehingga sampai ke Laut Merah. Namun, Firaun dan tenteranya yang sedang mengamuk mengejar mereka dari belakang tetapi semua mereka mati tenggelam di dasar Laut Merah.

Al-Quran menceritakan : 'Dan ingatlah ketika Kami belah laut untukmu dan selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun dan pengikutnya sedang kamu sendiri menyaksikan.'

Selepas keluar dari Mesir, Nabi Musa dan pengikutnya dari kalangan Bani Israel menuju ke Bukit Sina untuk mendapatkan kitab panduan daripada Allah. Namun, sebelum itu, Musa diisyaratkan berpuasa selama 30 hari dalam bulan Zulkaedah. Ketika mahu bermunajat, Nabi Musa beranggapan bau mulutnya kurang menyenangkan lalu menggosok gigi dan menguyah daun kayu lalu ditegur oleh malaikat mengenai perbuatannya itu dan diwajibkan berpuasa 10 hari lagi.

Ketika bermunajat, Musa berkata : 'Ya Tuhanku, nampakkanlah zatMu kepadaku supaya aku dapat melihatMu.' Allah berfirman 'Engkau tidak akan sanggup melihatku, tetapi cuba lihat bukit itu. Jika ia dapat berdiri tegak di tempat itu seperti sediakala, maka nescaya engkau dapat melihatku.' Musa terus memandang ke arah bukit itu dan tiba-tiba bukit itu hancur dan masuk ke perut bumi tanpa meninggalkan bekasnya. Musa terperanjat lalu pengsan.

Ketika sedar, Musa teus bertasbih dan memuji Allah. Sewaktu bermunajat, Allah menurunkan kepadanya kitab Taurat. Menurut ahli tafsir, kitab itu berbentuk kepingan kayu atau batu dan mengandungi panduan ke jalan yang diredhai Allah secara terperinci.

WALLAHUALAM...

kisah ini akan bersambung. saya dah tak sabar nk publish kisah ini. draft ni pun dahberapa hari saya buat. di mana kisah Musa dari kecil sehingga dilantik menjadi utusan Allah S.W.T. Di bahagian kedua nanti, insya Allah saya akan menceritakan bagaimana Nabi Musa menghadapi rintangan atau halangan ketika menyebarkan agama Allah.

0 comments:

Post a Comment