BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

UnIvErSiTi CaMbRidGe






Sekarang ni tak usah la duduk sibukkan diri nak susahkan lagi isu demam bola ni sebab kita sendiri tahu yang ada demam lain yang lebih penting dan terlalu ramai dijangkiti demam ni yang lebih teruk daripada H1N1. demam yang dimaksudkan ialah demam SPM. mesti calon2 tengah berdebar dan jantung berdegup kencang mengalahkan taufan el nino. alamak, saya sungguh bersimpati dengan calon2 ni. pasti mereka merasakan masa beredar terlalu cepat seolah-olah ada sesuatu yang mempercepat putaran jam dunia hingga menjadi lebih cepat daripada bernafas. ye lah memang kita semua mengambil masa yang lama untuk bernafas. kononnya nak hirup udara segar tapi kita sebenarnya nak berlindung di sebalik keinginan untuk tambah berat tahi hidung. maklumlah memang hobi top di dunia ialah korek hidung. tipu lah kalau ada orang kata dia tak pernah korek hidung kan? berbalik kepada topik asal, SPM adalah hala tuju masa depan duniawi. jadi, untuk tambahkan semangat calon yang api sedang membara akibat nyalaan daripada naga yang membuak-buak sekarang ni, saya nak ceritalah sedikit sebanyak tentang universiti-universiti terbaik di seluruh pelosok dunia tak tertinggal walau 0.01 cm pun. jadi untuk sesi kali ini, saya nak berkongsi dengan anda semua tentang Universiti Cambridge. mungkin segmen lain, kalau saya ada masa saya cerita lah tentang oxford, havard dan beberapa universiti terkemuka di negara kita sendiri yang perlu kita kagumi.

Universiti Cambridge merupakan salah satu daripada universiti-universiti yang terkenal dan tertua di dunia. Universiti ini diasaskan di pekan Cambridge, England kira-kira pada tahun 1209. Universiti ini dianggap sebagai salah sebuah universiti berdarjat elit di dunia.

Catatan-catatan awal menunjukkan bahawa universiti ini dikembangkan daripada persatuan para cendekiawan di kota Cambridge, barangkali diasaskan pada tahun 1209 oleh guru-guru yang meninggalkan Universiti Oxford selepas satu perbalahan dengan penduduk tempatan di bandar Oxford.

Semenjak itu, universiti-universiti Oxford dan Cambridge mencatat sejarah lama mengenai persaingan sesama sendiri, dan kerap dianggap sebagai maktab-maktab besar yang paling elit dan berprestij bukan sahaja di United Kingdom, bahkan juga dilabel antara universiti paling berprestij di seluruh dunia. Menurut sejarah, kedua-dua universiti ini telah melahirkan sebilangan besar ahli sains, penulis dan ahli politik yang terpenting sepanjang masa.

Sekutu-sekutu Universiti Cambridge pernah memenangi sejumlah 81 Anugerah Nobel, lebih daripada mana-mana universiti di dunia. 70 orang daripada mereka memasuki Cambridge sebagai mahasiswa atau siswazah, yang selainnya merupakan sekutu penyelidikan, ahli ilmiah, atau profesor.

Universiti Cambridge telah menghasilkan beberapa orang ahli sains yang berpengaruh sejak abad-abad yang lalu. Antara mereka yang meninggalkan pengaruh yang mendalam kepada cara pemikiran manusia adalah: Isaac Newton (penemuan dan teori graviti), Charles Darwin (teori evolusi), William Harvey (peredaran darah), Paul Dirac (mekanik kuantum moden), J. J. Thomson (penemuan elektron), Ernest Rutherford (struktur nuklear sebiji atom), James Clerk Maxwell (teori elektromagnetik), James D. Watson & Francis Crick (struktur DNA), Frank Whittle (penciptaan enjin jet), dan Alan Turing (teori komputasi).

Universiti ini juga kerap menerajui senarai ranking universiti British (misalnya, menduduki tangga pertama pada senarai liga Sunday Times pada tahun 2005, kedudukan yang dipertahankannya selama 8 tahun berturut-turut), dan senarai ranking universiti seuruh dunia yang dihasilkan The Times Higher Education Supplement (THES) dan Universiti Jiao Tong di Shanghai, China masing-masing menilai Cambridge sebagai universiti ketiga dan keempat di dunia. THES juga menempatkan Cambridge sebagai terulung dalam bidang sains, kedua dalam bioperubatan, ketiga dalam kesenian dan kemanusiaan, keenam dalam teknologi, dan kelapan dalam sains sosial.

Cambridge juga dikatakan mengenakan pembiayaan yang terbesar antara semua universiti Eropah. Anggaran yang dibuat pada 2005 adalah daripada £2.7 billion kepada £3.1 billion. Namun begitu, pendapatan universiti ini banyak bergantung kepada pembiayaan kerajaan UK. Berbanding dengan univeersiti-universiti di AS, tahap pembiayaan Cambridge lebih kurang sebanyak Universiti Columbia.

Begitulah ceritanya, semoga kita teruskan semangat kita untuk belajar.. oh ya, sebelum saya terlupa, saya selitkan sedikit informasi mengenai universiti ini.

moto : hinc lucem et pocula sacra. terjemahan harfiah :dari sini, cahaya dan angin suci yang bermaksud dari universiti ini, kami menerima kesedaran dan pengetahuan yang amat berharga.

Canselor : HRH Duke Edinburgh
Naib Canselor : Profesor Alison Richard.

0 comments:

Post a Comment