BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Kelantan kalah bermaruah

situ saja yang nak dikatakan. nasihat saya kepada pasukan kelantan supaya tidak menyambung kesinambungan dan warisan Dol Said dengan melancarkan perang gerila ni. ingat yang kita ni bukan lawan British tapi lawan sahabat sendiri. nasib baik kejadian bakar kereta tu tak berulang.

sebab apa saya kata sedemikian? kerana pada pandangan saya, kelantan menang bermaruah sebab telur naga tebuan kayu tu berjaya juga dipecahkan oleh Indra walaupun pada masa tambahan. saya tengok perlawanan dari awal sampai akhir tanpa kelipan mata pun dan pada pendapat saya, pasukan kelantan agak lemah dalam pertahanan sahaja dan hanya bangkit pada saat-saat akhir. tidak seperti pasukan negeri sembilan, sentiasa menggunakan peluang yang ada dan masa diberikan diisikan dengan sempurna. nampaknya mereka sahaja yang belajar mengenai pepatah masa itu emas. tapi sedikit diputar belit dengan masa itu piala.

tidak mengapa, saya lihat memang pasukan kelantan sedang semakin melonjak naik dan terbang semakin tinggi mengalahkan burung di angkasa. berbanding dahulu, kelantan yang langsung tak ada nama, tapi sekarang nama menjadi sebutan dan igauan ramai pula. memang bagus. syabas diucapkan. indra walaupun semalam nampak macam tunggul saja dia bermain, tapi tetap penjaring yang hebat. buktinya, zaquan adha dah kalah. memang saya meluat dengan zaquan. harap muka saja, tapi hidung tinggi mengalahkan pinokio. dia tak perasan yang ramai juga perempuan not icluding me yang menyanjungi muka dia yang ala2 tanah becak tu sebab dia hanya perasan yang dia tu macho!

huh.. sudah-sudah la mengumpat. ini blog berilmu bukan untuk mengumpat ye. so kepada anda di luar sana jangan lah menghentikan sokongan anda kepada pasukan bola sepak kelantan seperti anda menghentikan satu penggilan yang berdering di telefon anda tapi berilah sokongan padu sebagaimana anda bertanggungjawab dengan menghubungi kembali sebarang misscall yang memang terbeban dan tak termampu oleh anda untuk menjawabya.

0 comments:

Post a Comment