Paras air sungai meningkat dengan mendadak berikutan hujan lebat berterusan. Namun demikian,adakah ia terjadi dengan sendirinya? Jawabnya tidak sama sekali. Sudah tentu ada pentadbir yang mengawal dan mengatur keadaan tersebut. Tidak salah kita mengatakan ia adalah bencana alam,tetapi hakikatnya ia adalah ujian Allah kepada manusia!
Allah S.W.T menguji manusia dengan banjir. Apabila limpahan air sungai mencecah kawasan rumah,manusia mula gelabah dan terpinga-pinga serta kekalutan berlaku. Masing-masing menyelamatkan kenderaan,harta-benda dan sebagainya.
Banjir merupakan syurga bagi kanak-kanak atau mungkin kita tidak terkecuali daripada termasuk ke dalam golongan tersebut atau mungkin bencana bagi sesetengah pendapat. tapi malang sekali, orang kita tidak melihat fenomena banjir ini sebagai sesuatu yang boleh dilihat secara lebih mendalam atau boleh boleh juga dikatakan menyifatkan banjir sebagai sesuatu yang simbolik menunjukkan kebesaran Allah S.W.T. jika dikaji lagi secara mendalam atau tidak secara improvisasi, sudah pasti dan amatlah benar atau munasabah kalau kita katakan banjir memang membawa kita merenung beberapa iktibar besar yang patut kita waspada selalu. iktibarnya:
1. manusia berkejar ke sana-sini menyelamatkan kenderaan dan harta benda memggambarkan suasana pada hari kehancuran iaitu hari kiamat yang lebih-lebih dahsyat daripada itu. Apabila sangkakala ditiup,kehancuran berlaku,manusia berlari tanpa arah kerana ketakutan..
Firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya Kami, ketika air (banjir) melampaui
hadnya (serta menenggelamkan gunung-ganang), telah mengangkut (serta
menyelamatkan nenek moyang) kamu ke dalam bahtera Nabi Nuh (yang bergerak laju
pelayarannya).(Kami lakukan yang demikian) untuk Kami jadikan peristiwa itu satu
pelajaran bagi kamu dan untuk didengar serta diambil ingat oleh telinga
(orang-orang) yang mahu menerima pengajaran. Kemudian (ketahuilah bahawa)
apabila ditiup Sangkakala dengan sekali tiup. Dan bumi serta gunung-ganang
diangkat (dari tempatnya) lalu dihancurkan keduanya dengan sekali hancur. Maka
pada saat itu berlakulah hari kiamat. Dan terbelahlah langit, lalu menjadilah ia
pada saat itu reput (dan runtuh).-surah al Haqqah:ayat 11-16.
Firman Allah bermaksud: Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang
lenyap). Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak. Dan apabila gunung-ganang
di terbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu). Dan apabila
unta-unta yang bunting terbiar. Dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan.
Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur. Dan apabila tiap-tiap diri
disatukan dengan pasangannya. Dan apabila anak perempuan yang ditanam
hidup-hidup: Ditanya. Dengan dosa apakah dia dibunuh? Dan apabila surat-surat
amal dibentangkan. Dan apabila langit ditanggalkan dari tempatnya. Dan apabila
Neraka dinyalakan menjulang. Dan apabila Syurga didekatkan. (Setelah semuanya
itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui tentang amal yang telah
dibawanya.-surah at Takwiir:ayat 1-14
2. manusia diuji keimanan mereka melalui kata-kata. Ada manusia yang mengeji keadaan banjir. Mereka lupa bahawa Allah yang mengatur segala-galanya. Mereka seolah-olah mengeji Allah,Tuhan sekalian alam.
Firman Allah bermaksud: Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup
(kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang
lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha
Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);-surah Al Mulk:ayat 2
Firman Allah bermaksud: Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka
bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di
antaranya yang lebih baik amalnya. Surah al Kahf :ayat 7
Justeru, wajarlah kita sebagai manusia mengambil pengajaran daripada
peristiwa-peristiwa yang berlaku. Sesungguhnya Allah tidak menjadikan sesuatu
dengan sia-sia. DIA menguji keimanan manusia dan DIA berhak menimpakan bala
kepada manusia kerana dosa dan maksiat yang manusia lakukan. Wallahua`lam.
Wallahuma'ana.
0 comments:
Post a Comment