BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

KeM NeuRoSaiNs...

Baru-baru ini saya dan enam sahabat yang lain ada mewakili sekolah untuk menghadiri Kem NeuroSains yang diadakan di USM. memang banyak pengalaman dan ilmu yang kami timba di sana. sebenarnya, pada dasarnya, saya pergi cuma nak suka-suka dan hilangkan bosan lepas PMR ni. boleh dikatakan tak berapa ikhlas la.he6.. tapi niat ni berubah bila dah sertai kem ni yang memang best sangat-sangat. bagi sapa yang pernah gi tengok konsert tambah dosa tu lebih baik la rajin-rajinkan diri anda ke kem ini sebab lagi best tau!

pagi hari tu, kawan2 kata, kami patut bertolak pukul 8pagi tapi entah kenapa driver van tu terlewat. tapi tak apa, memang kami maafkan. sampai je dekat USM, boleh la saya kata kami sudah agak tersesat la sebab tak tau kem ini diadakan dimana. ye lah. USM ni bukannya sempit.
tapi rilek la. memang kami sampai juga kat tempat tu. first, kami ke sesi pendaftaran terlebih dahulu. apa yang memeranjatkan kami, ke 7 orang peserta sekolah kami ni akan dibahagikan kepada kumpulan. dan tak akan seorang pun yang sekumpulan dengan rakan sekolah masing-masing. rasa macam nak balik pun ada juga mula-mula tu. tapi ye lah, alang2 dah sampai, kami teruskan je lah perjalanan kami yang pada sangkaan kami adalah hari yang paling trouble. majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM Kampus Kesihatan, Prof. Aziz Baba. sebelum terlupa, boleh la saya perkenalkan sekolah yang hadir di sana, SMKA Naim Lilbanat, SMKA Tok Bachok, Maahad Muhammadi Lelaki, Maahad Pengajian Islam, Maahad Amir Indera Putera, Maahad Ar-Rahmah Kenali, Maahad Muhammadi Pasir Mas dan Maahad Yaakubiah.

kami dari semua sekolah hari tu, dipertontonkan tayangan video yang memang syok mengenai neuro atau otak atau brain atau apa-apa aja mengikut yang anda faham. kami kemudian di'bagi' makan secara percuma tau. wah, dah la sedap, free of charge pula tu. saya try la sandwich sikit. memang sedap la.. lepas tu kami di'divide'kan kepada kumpulan masing2. saya terpilih ke kumpulan T [the best]. alamak, mengapalah nasib malang saya hari tu bila saya sedar saya seorang saja bunga dalam kumpulan. alahai nasib. yang lain semua lelaki. ada la sesi ice-breaking selama 30 saat. cukup untuk mengetahui nama. nama ahli kumpulan yang lain yang sememangnya semua lelaki kecuali saya : omar yang nampak macam genius, anas yang suka bertanya, akif si pendiam giler, luqman yang ala2 blur dan seorang lagi saya tak ingat nama dan orangnya pun saya tak ingat. maaf dipinta kepada si dia. dan yang penting, saya dah kenal dengan fasilitator saya, kak emmilia yang memang terkenal dengan kiut-miut nya. nasib baik la perempuan macam saya. so ada juga la teman saya. kak an an pula nak join kitorang.silakan lah.

kami segerombolan dibawa melawat makmal-makmal yang dihuni neuro-saintis yang bijak2 belaka. di sanalah saya menimba pengetahuan dan mengumpul sebanyak mana maklumat yang saya dapat. nak tanya tak tau nak tanya apa. nasib baikla ada anas dan omar yang selalu bertanya. dapat la lagi info tambahan.so, saya nak berkongsi dengan semua maklumat yang sempat saya catat hari tu.

macam yang kita tahu, selalu orang jahat nak pengsan kan insan mulia ni guna chloroform. samalah yang kami tengok. yang berbeza cuma di sana saintis2 gunakan tikus sebagai makhluk yang dipengsankan. mereka pengsankan tikus untuk tujuan uji kaji. tapi nak uji kaji tu kena pastikan pengsan dulu ya. dan kalau nak sembelih pun boleh. guna alat yang diberi nama decapitator. ni maklumat lain yang saya tak reti nak kaitkan dengan 'karangan' ni.

hipocampus- mengawal learning and memory
ACSF-sejenis cecair yang saya tak ingat untuk apa
microtome- bagi mendeahkan oxygen
receptor-mengganti kulit
memory- terbahagi kepada 2 : short term, long term
otak : tahan luar bilik selama 2 jam
stereotaxic frame- membaca ko-ordinasi otak secara spesifik
brain impactor- guna cecair tertutup dengan kelajuan tertentu untuk cederakan kepala tikus
spine impactor- mengaruh kecederaan kontusi
C1/C3- kalau dicederakan pada C1 dan C3, akan cederalah seluruh badan tikus
tempat injection - sebelah kanan sebab kiri aa organ lain
ICU - intensive care unit
otak- ada hemisfera kiri dan kanan
hemisfera kiri- mengesan language
hemisfera kanan- stability
artery- di otak, ia dikenali sebagai capillary
afference- input yang menghubungkan neutron sampai ke atas
efference- output yang membawa respon
cerebellum- terletak pada bahagian belakan yang mengawal keseimbangan
neutron - sel asas
neutrotransmitter- perpindahan neutron secara kimia
berat otak- 1500gm
parkinson- penyakit yang dikesan dengan dopamine
l-dopa - merawat parkinson
BBB- blood brain barrier
MEG - Magnetic Encephalo graphynn
- mengesan medan magnet pada otak secara real time dan presize
- diukur guna unit TESLA.
IR-ACTIMETER- locomotor and exploration
xenopus- katak besar

sori la kalau ada info yang tersalah catat. saya ni hanya lah insan biasa. kemudian pada sebelah petang kami ada sesi kuiz dergan tema 'who wants to be neuroscientist'. ni lah pengalaman saya tak boleh lupa. kuiznya memang bes. dan sekolah saya bernasib agak baik sebab berjaya membawa balik uang 35 ringgit malaysia dan dapat sijil penghargaan. memang sijil paling comel pernah saya miliki. lepas saja balik kem ni, saya terus tanam minat nak jadi seorang neurosaintis. memang saya tau ni satu kerjaya yang amat menarik dan seronok.

tak ingat nak kongsi, fasi saya ni memang baik. sempat juga kak emi ni kerimkan emelnya beserta hadiah kat saya. memang saya suka sangat hadiah tu. tapi hadiah apa biarlah rahsia sebab boy tak dapat pun.he6 padan muka. tu la sapa suruh ramai sangat. thanx kat kak emi sebab sudi bagi emel. so boleh la gak saya nak tanya apa2 kemusykilan berkaitan dengan neuro ni.

saya dah penat menaip ni. so nak ringkas kan cerita, saya nak announce kat satu dunia, memang kem ni atu program yang best dan sangat2 hebat. saya harap anda semua pun ikut sama gak!!!

0 comments:

Post a Comment