BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

KiSaH ZULKARNAIN

Firman Allah bermaksud:
Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai Zulkarnain. Katakanlah: Aku akan bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya. Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya. Lalu dia menurut jalan (yang menyampaikan maksudnya). Sehingga apabila dia sampai ke daerah matahari terbenam, dia mendapatinya terbenam di sebuah mata air yang hitam berlumpur dan dia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): Wahai Zulkarnain! Pilihlah samada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka. Dia berkata: Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya; kemudian dia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya. Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya; dan kami akan perintahkan kepadanya perintah-perintah kami yang tidak memberati. Kemudian dia berpatah balik menurut jalan yang lain. Sehingga apabila dia sampai di daerah matahari terbit, dia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripadanya. Demikianlah halnya dan sesungguhnya Kami mengetahui secara meliputi akan segala yang ada padanya. kemudian dia berpatah balik menurut jalan yang lain. Sehingga apabila dia sampai di antara dua gunung, dia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan. Mereka berkata: Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka? Dia menjawab: (Kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh. Bawalah kepadaku ketul-ketul besi; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: Tiuplah dengan alat-alat kamu sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya. Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu dan mereka juga tidak dapat menebuknya. (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur dan adalah janji Tuhanku itu benar..


Pengajaran:
Sentiasa berserah kepada Allah dalam setiap usaha gigih yang dilakukan
Pemimpin mestilah adil dalam semua tindakan demi mencapai kemajuan dan keredaan Ilahi
Umat hari ini tidak harus membesarkan kemajuan hari ini kerana teknologi masa lampau jauh lebih baik
Mencontohi nilai kerjasama dan perpaduan
Mencontohi kegigihan umat dahulu dalam mencapai kemajuan
Pemimpin mestilah melaksanakan syariat Islam
Segala akhlak yang merosakkan di muka bumi boleh disandar seperti Yaajuj dan maajuj yang mana amat dilaknat Allah dan dibenci masyarakat
Pemimpin perlu bertindak rasional agar dihormati masyarakat.
Sesebuah kerajaan mentilah bertunjangkan Islam demi kemakmuran
Kita sebagai masyarakat wajib memilih Islam sbagai cara hidup sempurna;politik,sosial,ekonomi,perundangan,jenayah dan seluruhnya.

0 comments:

Post a Comment