BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

syeikh abdus samad al-falembani

"ALAM Melayu mempunyai ramai ulama yang menyebarkan agama Islam sejak berabad-abad lamanya. Ulama-ulama silam ini menulis pelbagai kitab yang menjadi rujukan masyarakat hingga ke hari ini. Antara ulama silam yang menyumbangkan jasa kepada perkembangan Islam di Alam Melayu ialah Syeikh Abdus Samad Al-Falembani.

Syeikh Abdus Samad Al-Falembani mempunyai kaitan dengan sejarah kerajaan negeri Kedah pada zaman Sultan Muhammad Jiwa Zain Al-Adilin Muazzam Shah, Sultan Kedah ke-19 (1710 - 1778 ) dan zaman Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II atau Marhum Melaka, Sultan Kedah ke-22 (1804 - 1845). Ketika Sultan Abdullah Muazzam Shah, Sultan Kedah ke-17 (1698 - 1706) bersemayam di Kota Bukit Pinang, putera sulung baginda, Tunku Muhammad Jiwa meminta keizinan baginda untuk melanjutkan pelajaran agama di luar negeri.

Tunku Muhammad Jiwa secara sulit meninggalkan Kedah belayar ke Palembang dan di sana beliau berguru dengan Syeikh Abdul Jalil al-Mahdani, ulama dan pendakwah yang berasal dari Yaman. Selepas tamat pengajiannya, beliau dibawa belayar ke Tanah Jawa dan seterusnya ke India. Setelah hampir enam tahun di perantauan, pada 1 Jamadil Akhir 1122 H (28 Julai 1710 M), Tunku Muhammad Jiwa meninggalkan India belayar ke Kedah dengan membawa gurunya, Syeikh Abdul Jalil.

Kepulangan Tunku Muhammad Jiwa amat dinanti-nantikan oleh para pembesar dan rakyat kerana takhta Kerajaan Kedah telah lama kosong kerana kemangkatan ayahandanya, Sultan Abdullah Muazzam Syah yang disusuli adindanya, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah I. Pada 26 Syaaban 1122 H (20 Oktober 1710 M), Tunku Muhammad Jiwa secara rasminya ditabalkan menjadi Sultan Kedah ke-19 di Istana Kota Bukit Pinang dan baginda memerintah sehingga tahun 1798 M.

Sultan Muhammad Jiwa telah melantik Syeikh Abdul Jalil sebagai Mufti Kerajaan Kedah dan beliau berkhidmat sehingga tahun 1782 M. Di Kedah, Syeikh Abdul Jalil berkahwin dengan Wan Zainab, anak seorang pembesar Kedah bergelar Datuk Maharaja Putera Dewa dan mempunyai dua orang anak iaitu Wan Abdul Qadir (yang kemudiannya menjadi Mufti Kerajaan Kedah) dan Wan Abdullah (yang memangku gelaran Seri Maharaja Putera Dewa).

Ketika Syeikh Abdul Jalil pulang ke Palembang menziarahi bekas anak-anak muridnya, beliau berkahwin pula dengan Radin Ranti dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan anak lelaki yang diberi nama Abdus Samad, yang lebih dikenali sebagai Syeikh Abdus Samad Al-Falembani. Walau bagaimanapun, pelbagai versi menyebut tentang nama bapa Syeikh Abdus Samad Al-Falembani iaitu Syeikh Abdul Jalil al-Mahdani, Faqih Husein al-Falimbani, Abdur Rahman al-Jawi al-Falimbani, dan Syeikh Abdullah al-Jawi al-Falimbani. Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah misalnya menyebut bahawa Syeikh Abdus Shamad Al-Falimbani bin Syeikh Abdul Jalil bin Syeikh Abdul Wahhab bin Syeikh Ahmad al-Mahdani.

Dalam Bulughul Maram, karya Syeikh Muhammad Yasin Padang, beliau menyebut Syeikh Abdus Samad Al-Falimbani bin Abdur Rahman bin Abdullah bin Ahmad al-Falimbani dan Syeikh Abdus Shamad bin Abdur Rahman bin Abdul Jalil al-Falimbani. Tahun kelahiran Syeikh Abdus Samad Al-Falembani juga tidak dapat dipastikan dengan tepat.

Kita tinggalkan tentang perbezaan pendapat berhubung nama ayah dan ketidakpastian tahun kelahiran Syeikh Abdus Samad Al-Falembani dan susuri pendidikan tokoh ulama ini. Menurut Wan Muhammad Shaghir Abdullah, apabila Syeikh Abdul Jalil pulang semula ke Kedah, beliau membawa bersama anaknya, Abdus Samad. Anak-anaknya diajar ilmu-ilmu dasar keislaman sebelum menghantar mereka memasuki salah sebuah pondok yang terkenal di Pattani ketika itu. Walau bagaimanapun, tidak dapat dikenal pasti siapakah guru-guru mereka dan pondok manakah yang mereka masuki, sama ada Bendang Gucil, Kerisik, Kuala Bekah atau Semala.

Selepas mendapat pendidikan di Pattani, Syeikh Abdul Jalil menghantar anak-anak beliau ke Tanah Suci Makkah untuk mendalami pengajian mereka. Abdus Samad terus menetap di sana, manakala saudaranya, Syeikh Wan Abdul Qadir yang pulang lebih awal ke negeri Kedah telah dilantik sebagai mufti pada zaman Sultan Abdullah Mukarram Syah, Sultan Kedah ke-20 (1778 - 1797) dan Sultan Tajuddin Halim Syah II, Sultan Kedah ke-22 (1804 - 1845). Sementara itu, adinda Syeikh Wan Abdul Qadir, Wan Abdullah pula dilantik sebagai salah seorang pembesar negeri Kedah.

Selama 30 tahun Syeikh Abdus Samad menetap di Makkah, antara rakan sepengajiannya ialah Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari, penyusun kitab Sabilul Muhtadin dan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani yang terlibat dalam penulisan kitab-kitab Jawi atau Melayu. Selain Makkah, Syeikh Abdus Samad juga menetap di Madinah selama 5 tahun. Selain Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, kawan-kawan lain Syeikh Abdus Samad ialah Syeikh Abdul Wahab Pangkajena (Sidenreng Daeng Bunga Wardiah) Bugis, Syeikh Abdur Rahman al-Masri, Syeikh Muhammad Nafi s al-Banjari, dan Syeikh Muhammad Ali Aceh.

Tentang gurunya pula, Syeikh Abdus Samad, Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari, dan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani pernah belajar kepada Syeikh Muhammad Zain bin Faqih Jalaludin Aceh, penyusun kitab Bidayatul Hidayah mengenai tauhid dalam bahasa Melayu.

Menurut Syeikh Yasin Padang pula, Syeikh Abdus Samad menerima hampir semua ilmunya daripada al-Mu`ammar `Aqib bin Hasanuddin bin Ja`afar al-Falimbani (Syeikh Muhammad `Aqib bin Hasanuddin bin Ja`afar bin Muhammad bin Badruddin al-Falimbani). Walau bagaimanapun, menurut Syeikh Muhammad Azhari ibnu Abdullah al-Jawi al-Falimbani, Syeikh Muhammad Aqib bin Hasanuddin al-Falimbani adalah murid Syeikh Abdus Samad.#Dalam hal ini, Ustaz Wan Muhammad Shaghir Abdullah berpendapat bahawa sumber daripada Syeikh Muhammad Azhari al-Falimbani lebih dapat dipegang kerana pertama, zaman Syeikh Muhammad Azhari masih terlalu dekat dengan zaman Syeikh Abdus Samad; kedua, salasilah yang dibicarakan adalah melibatkan Syeikh Muhammad Azhari sendiri selaku cucu murid dalam Tarekat Samaniyyah yang diamalkan oleh Syeikh Abdus Samad; dan ketiga, sama-sama berasal dari Palembang dan sewaktu Syeikh Muhammad Azhari belajar di Mekah seakan-akan dalam lingkungan satu kekeluargaan dengan kewarisan Syeikh Abdus Samad.

Dinyatakan juga bahawa Syeikh Abdus Samad dan Syeikh Muhammad `Aqib pernah berguru dengan Syeikh Muhammad bin Sulaiman al-Kurdi, Syeikhul Islam dan Imam Haramain pada zaman itu dan Syeikh `Athaullah, dari Mesir. Syeikh Abdus Samad juga pengikut sufi yang telah menerima Tarekat Samaniyyah daripada gurunya Syeikh Muhammad bin Abdul Karim as-Saman al-Madani (Syeikh Saman). Tarekat ini diterima ketika beliau menetap di Madinah.

Sebenarnya Syeikh Abdus Samad menuntut ilmu dengan ramai ulama seperti dalam karyanya Zahratul Murid, beliau menyebut beliau berguru dengan Syeikh Ahmad bin Abdul Munkim ad-Damanhuri. Syeikh Abdus Samad juga berguru dengan Syeikh Abdul Ghani al-Hilali, as-Sufi Saiyid Ahmad bin Muhammad Syarif Maqbul al-Ahdal (beliau belajar kitab Hadis Arbakin dan Riyadhus Salihin), asy-Syihab Ahmad bin Abdul Fattah al-Malawi (belajar kitab Umdatul Ahkam), dan Saiyid Abil Faidh Muhammad Murtadha bin Muhammad az-Zabidi (Zubaidi). Dengan Saiyid Abil Faidh Muhammad Murtadha bin Muhammad az-Zabidi, Syeikh Abdus Samad dan Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari belajar kitab At-Taukid fi Haqqillah karya Syeikh al-Islam Muhammad bin Abdul Wahhab bin Sulaiman.

Dengan ramai guru yang beliau menuntut ilmu, tidak hairanlah Syeikh Abdus Samad berjaya menjadi ulama ulung yang kitab-kitab karangannya sehingga kini masih dirujuk. Zahratul Murid fi Bayani Kalimatit Tauhid adalah karya pertama Syeikh Abdus Samad. Kitab ini ditulis pada 1178 H/1764 M. Kitab ini merupakan catatan beliau ketika belajar ilmu tauhid dengan Syeikh Ahmad bin Abdul Munkim ad-Damanhuri di Makkah.

Selain itu, Syeikh Abdus Samad juga menulis kitab Hidayatus Salikin fi Suluki Maslakil Muttaqin. Kitab ini selesai ditulis di Makkah pada hari Selasa, 5 Muharam 1192 H. Sebahagian besar kitab ini adalah terjemahan daripada Bidayatul Hidayah, karangan Imam Ghazali. Kitab ini ditashihkan dan disebar secara meluas oleh Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani dan ia juga adalah kitab Melayu/Jawi yang pertama sekali ditashih dan dicetak di Mesir.

Syeikh Abdus Samad juga menghasilkan kitab Siyarus Salikin ila Ibadati Rabbil Alamin atau judul lain ialah Siyarus Salikin fi Thariqah as-Sadat as-Sufiyah. Kandungan kitab tersebut sebahagian besarnya merupakan terjemahan Ihyaku Ulumid Din, karangan Imam Ghazali. Kitab Siyarus Salikin ini dianggap sebuah kitab Melayu/Jawi yang bernilai tinggi, bersifat ilmiah tasawuf yang cukup mantap. Kitab Siyarus Salikin karya Syeikh Abdus Samad ini terdiri daripada empat jilid.

Jilid pertama ditulis pada 1193 H/1779 M dan siap pada awal tahun 1194 H/1780 M di Mekah. Jilid kedua pula mulai ditulis pada 1194 H/1780 M dan selesai pada hari Sabtu, 19 Ramadan 1195. H/1781 di Taif. Pada tahun 1195 H/1781 M, jilid ketiga ditulis dan berjaya diselesaikan pada 19 Safar 1197 H/1783 M di Makkah. Walau bagaimanapun, untuk jilid keempat, Syeikh Abdus Samad tidak menyebut tahun ia mulai menulisnya, tetapi beliau selesai menulisnya pada 20 Ramadan 1203 H/1788 di Taif. Kitab ini kini telah ditahqiqkan oleh Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam An-Nadwi dan diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu serta diterbitkan dalam tulisan Rumi dan Jawi.

Kitab-kitab lain karya Syeikh Abdus Samad ialah al-`Urwatul Wutsqa WA Silsilatu Waliyil Atqa (terjemahan karya Syeikh Muhammad Saman yang ditulis dalam bahasa Arab), Ratib Syeikh Abdus Samad al-Falimbani, Nashihatul Muslimina wa Tazkiratul Mukminina fi Fadhailil Jihadi wa Karamatil Mujtahidina fi Sabilillah, Risalah Pada Menyatakan Sebab Yang Diharamkan Bagi Nikah (1179 H/1765 M), Ar-Risalatu fi Kaifi yati Ratib Lailatil Jumkah, Mulhiqun fi Bayanil Fawaidin Nafikah fi Jihadi fi Sabilillah, Zadul Muttaqin fi Tauhidi Rabbil 'Alamin, 'Ilmut Tasawuf, Mulkhishut Tuhbatil Mafdhah minar Rahmatil Mahdah 'Alaihis Shalatu wa Salam, Kitab Mikraj, dan Puisi Kemenangan Kedah. Kitab-kitab karangan Syeikh Abdus Samad ini boleh dimanfaatkan oleh umat Islam hari ini terutama sekali kitab seperti Siyarus Salikin yang telah ditahqiqkan oleh pihak-pihak yang peka dengan ilmu yang terkandung di dalamnya.

Yang menarik sekali tentang riwayat hidup Syeikh Abdus Samad ialah beliau dipercayai melibatkan diri dalam peperangan Kedah/Pattani melawan Siam yang membawa beliau mati syahid kerana mempertahankan tanah air. Walau bagaimanapun, terdapat percanggahan pendapat berhubung tarikh wafat Syeikh Abdus Samad sama ada beliau wafat pada 1244 H/1828 M atau 1254 H/1838 M.Sesungguhnya, Alam Melayu amat bertuah kerana mempunyai seorang ulama ulung seperti Syeikh Abdus Samad yang memperjuangkan agama Islam sama ada dalam bidang penulisan ataupun berjihad menentang golongan bukan Islam yang menjajah negeri.

kisah MUSA bahagian 2

Sebelum Musa pergi ke bukit itu, beliau berjanji kepada kaumnya tidak akan meninggalkan mereka lebih 30 hari. Tetapi Nabi Musa tertunda 10 hari, karena terpaksa mencukupkan 40 hari puasa. Bani Israel kecewa dengan kelewatan Musa kembali kepada mereka. Ketiadaan Musa membuatkan mereka seolah-olah dalam kegelapan dan ada antara mereka berfikir keterlaluan dengan menyangka beliau tidak akan kembali lagi. Dalam keadaan tidak menentu itu, seorang ahli sihir dari kalangan mereka bernama Samiri mengambil kesempatan menyebarkan perbuatan syirik. Dia juga mengatakan Musa tersesat dalam mencari tuhan dan tidak akan kembali. Ketika itu juga, Samiri membuat sapi betina dari emas. Dia memasukkan segumpal tanah, bekas dilalui tapak kaki kuda Jibril ketika mengetuai Musa dan pengikutnya menyeberangi Laut Merah. Patung itu dijadikan Samiri bersuara.(Menurut cerita, ketika Musa dengan kudanya mau menyeberangi Laut Merah bersama kaumnya, Jibril ada di depan terlebih dulu dengan menaiki kuda betina, kemudian diikuti kuda jantan yang dinaiki Musa dan pengikutnya. Kemudian Samiri menyeru kepada orang ramai: “Wahai kawan-kawanku, rupanya Musa sudah tidak ada lagi dan tidak ada gunanya kita menyembah Tuhan Musa itu. Sekarang, mari kita sembah anak sapi yang diperbuatkan daripada emas ini. Ia dapat bersuara dan inilah tuhan kita yang patut disembah.”

Selepas itu, Musa kembali dan melihat kaumnya menyembah patung anak sapi. Ia marah dengan tindakan Samiri.

Firman Allah: “Kemudian Musa kembali kepada kaumnya dengan marah dan bersedih hati. Berkata Musa: wahai kaumku, bukankah Tuhanmu menjanjikan kepada kamu suatu janji yang baik? Apakah sudah lama masa berlalu itu bagimu atau kamu menghendaki supaya kemurkaan Tuhanmu menimpamu, kerana itu kamu melanggar perjanjianmu dengan aku.”

Musa bertanya Samiri, seperti diceritakan dalam al-Quran: “Berkata Musa; apakah yang mendorongmu berbuat demikian Samiri? Samiri menjawab: Aku mengetahui sesuatu yang mereka tidak mengetahuinya, maka aku ambil segenggam tanah (bekas tapak Jibril) lalu aku masukkan dalam patung anak sapi itu. Demikianlah aku menuruti dorongan nafsuku.”

Kemudian Musa berkata: “Pergilah kamu dan pengikutmu daripadaku, patung anak sapi itu akan aku bakar dan lemparkannya ke laut, sesungguhnya engkau akan mendapat siksa

kisah ini bakal bersambung di bahagian tiga..penatlah nak tulis

MalaYsia MenaNg!!!

Perlawanan antara Malaysia dengan Vietnam bermula kira-kira pukul 6 petang tadi. Permainan pada permulaannya agak lengang tetapi ditebus dengan sengit pada masa kedua. Kedua-dua pasukan mencuba sedaya-upaya menjaringkan gol tetapi kehandalan penjaga gol kedua-dua belah pihak tidak boleh ditepis.

Nasib nampaknya menyebelahi Malaysia apabila pemain Vietnam, Mai Xuan Hop sendiri melakukan kesilapan yang amat tidak disengajakan dengan memberi kemenangan kepada Malaysia hasil jaringan sendiri pada minit ke-84

Kemenangan tipis tersebut tetap melayakkan Malaysia menjuarai Sukan Sea dan merangkul pingat emas yang memang didambakan oleh rakyat Malaysia dengan penantian selama 20 tahun.
Tahniah diucapkan!

4 jenis manusia dalam dunia

1 mereka yang tidak ada lidah dan tidak ada hati
-orang yang bertaraf biasa, berotak tumpul dan berjiwa kerdil yang tidak mengenang Allah dan tidak ada kebaikan kepada mereka. mereka ini ibarat melukut yang ringan, kecuali mereka dilimpahi dengan kasih sayang Allah dan membimbing hati mereka supaya beriman serta menggerakkan anggota-anggota mereka supaya patuh kepada Allah.

2 mereka yang ada lidah tetapi tidak ada hati.
-mereka bijak bercakap tetapi tidak melakukan seperti yang dicakapkan. mereka mengajak manusia menuju jalan Allah tetapi mereka sendiri lari dari Allah. sabda Nabi s.a.w :'inilah yang paling aku takuti di kalangan umatku ialah orang alim yang jahat.

3 mereka yang mempunyai hati tetapi tidak ada lidah.
- mereka merupakan orang yang beriman. Allah telah mendindingkan mereka dengan makhluk dan menggantungkan di keliling mereka kesedaran tentang cacat cedera diri mereka. Allah menyedari mereka tentang kejahatan yang timbuloleh sebab mencampuri urusan orang ramai dan kejahatan yang timbul kerana mencampuri orang ramai dan kejahatan kerana bercakap banyak. Nabi s.a.w pernah besabda : ' barangsiapa yang diam akan mencapai keselamatan'.

4 mereka yang diajak ke alam ghaib, diberi pakaian kemuliaan.
-orang dalam golongan ini mempunyai ilmu-ilmu ketuhanan. hati mereka menjadi gedung ilmu Allah yang amat berharga dan orang itu akan diberi Allah rahsia-rahsia yang tidak diberi kepada orang lain. mereka mendapat bimbingan yang benar.

10 jenis orang islam yang kejam

Sufyan Atsauri berkata : '10 macam daripada kekejaman' ialah:

1 seseorang yang yang berdoa untuk dirinya sendiri dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.
2 seseorang yang pandai membaca al-Quran tapi tiap harinya tidak membaca sepotong ayat al-Quran.
3 seseorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.
4 seseorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.
5 seseorang yang sampai di satu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.
6 seseorang yang daerahnya didatangi oleh orang alimm, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.
7 dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak bertanyakan nama kawannya itu.
8 seseorang yang diundang untuk jamuan tetapi tiba-tiba tidak datang.
9 pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.
10 seseorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi makanannya itu

kereta terbabas di KB Mall..(hanya gambar)